Dalam kerja-kerja pembinaan khasnya yang
menggunakan batu-bata,terdapat berbagai-bagai jenis ikatan yang
tertentu.Ikatan-ikatan ini disesuaikan dengan jenis dan tempat kerja yang
hendak digunakan.Diantara jenis-jenis ikatan yang paling biasa digunakan ialah
ikatan Stretcher,English dan Flemish.
IKATAN STRETCHER
Untuk mendapatkan kekuatan pada ikatan stretcher ikatan
setengahnya ( half bond ) mestilah didapatkan
semasa mengikatnya.Pada dinding persimpangan “quarter bond ” digunakan iaitu
dengan memasukkan batu bata 3 ¾ bat. Dinding ini akan mendapatkan half bond seterusnya
Ikatan stretcher ini digunakan
pada dinding yang tebalnya ½ bata seperti dinding dalam bangunan, dinding pembahagi (
partition wall ) dinding luar ( cavity wall ) dan
chimney stalk (tempat pembakaran ).
IKATAN ENGLISH
IKATAN ENGLISH
Ikatan English mengandungi lapisan header dan
stretcher yang berselang lapisan iaitu satu lapisan header dan satu lapisan
permukaan stretcher dalam lapisan yang berlainan,
contohnya kalau lapisan
pertama dimulakan dengan header, lapisan kedua mestilah dalam lapisan stretcher
atau sebaliknya.
Dalam
penyusunan yang sebegini, sambungan menegak bagi lapisan header sama dengan
sambungan menegak lapisan stretcher.
Ini bererti berlaku sambungan terus (straight joint ). Untuk mengelakkannya
“queen closer ”hendaklah dipasang pada tiap-tiap selepas quoin header “
dilapisan header supaya mendapatkan
lapis (laping) yang sempurna.
Lapisan (lap) bagi ikatan English ½ bata
(quarter lap ). Dalam setengah hal dalam pembinaan yang sebenar kadangkala
queen closer tidak digunakan sebaliknya digantikan dengan bata ¾ (3/4 bat).
Ikatan English adalah merupakan sejenis ikatan yang terkuat sekali jika
dibandingkan dengan lain-lain ikatan.Oleh itu ia sesuai digunakan pada
tempat-tempat yang memerlukan kekuatan seperti dinding luar bangunan,dinding
penahan tanah dan lain-lain.
Tebal ikatan English yang biasa dibina ialah 215 mm
atau satu bata tebal. Tetapi jika kekuatan lebih diperlukan bolehlah membinanya
dengan lebih tebal lagi iaitu seperti satu setengah bata (328 mm), 2 bata
tebal (440 mm) 21/2 bata tebal (552 mm) 3 bata tebal (675 mm) dan sebagainya
IKATAN FLEMISH
IKATAN FLEMISH
Ikatan Flemish biasanya dibuat pada
tempat-tempat atau pembinaan yang memerlukan kecantikkan seperti dinding luar
bangunan.
Dari segi kekuatan ia lebih lemah dari ikatan English,ini disebab
terdapatnya sambungan terus disebelah dalam dinding ( internal straight joint) iaitu pada sebelah menyebelah
batu-bata header atau dihujung tiap-tiap
stretcher, sepanjang ¼ bata ( 53.75 mm ).
Selain daripada itu ia juga
terdapat banyak batu-bata setengah (half
bats ) pada dinding satu setengah bata ( 328 mm )
Ciri-ciri ikatan Flemish :-
- Ikatan Flemish mengandungi batu-bata yang menunjukkan muka header dan stretcher berselang- seli dalam satu lapisan.
- Tiap-tiap selepas quoin header mestilah diikuti dengan queen closer dan seterusnya diikuti pula oleh stretcher.
- Header terletak ditengah-tengah stretcher.
- Tiap-tiap pertukaran arah ikatan tidak berubah.
Terdapat dua
jenis ikatan Flemish :-
1.
Ikatan
double Flemish
Ikatan double Flemish biasanya dikenali hanya
dengan ikatan Flemish sahaja sebab ciri-ciri penyusunannya sama.Permukaan
hadapan dan belakangnya menunjukkan permukaan Flemish.Tebal dinding yang dibina
dalam ikatan ini sekurang-kurang satu bata tebal (215 mm).
2. Ikatan Single
Flemish :
Single
Flemish bond terdiri dari dua ikatan iaitu ikatan English dengan ikatan
Flemish. Permukaan hadapannya menunjukkan permukaan Flemish dan dibelakang
menunjukkan muka English.Ikatan ini hanya boleh dibuat pada dinding yang
tebalnya 1 ½ bata tebal ( 328 ).
haluu
ReplyDeletesampoh
ReplyDeleteAs salam , saya nak tanya boleh tak buat pagar setinggi 2kaki jenis ikatan Flemish...lepas letak dawai besi....
ReplyDelete