Tuesday, 10 April 2012

JENIS-JENIS IKATAN BATU-BATA

Dalam kerja-kerja pembinaan khasnya yang menggunakan batu-bata,terdapat berbagai-bagai jenis ikatan yang tertentu.Ikatan-ikatan ini disesuaikan dengan jenis dan tempat kerja yang hendak digunakan.Diantara jenis-jenis ikatan yang paling biasa digunakan ialah ikatan Stretcher,English dan Flemish.

             IKATAN STRETCHER
Ikatan stretcher ialah ikatan pada dinding yang tebalnya 102 mm atau ½ bata tebal.Ikatan ini dibina dengan permukaannya  menunjukkan muka penuh ( stretcher ) Pada keseluruhannya kecuali returned angle,stopped end dan cross wall berlaku 

Untuk mendapatkan kekuatan pada ikatan stretcher ikatan setengahnya ( half bond ) mestilah didapatkan semasa mengikatnya.Pada dinding persimpangan “quarter bond ” digunakan iaitu dengan memasukkan batu bata 3 ¾ bat. Dinding ini akan mendapatkan  half bond seterusnya

Ikatan stretcher ini digunakan pada dinding yang tebalnya ½ bata seperti dinding dalam bangunan, dinding pembahagi ( partition wall ) dinding luar ( cavity wall ) dan
chimney stalk (tempat pembakaran ).        


















                IKATAN ENGLISH              


    
Ikatan English mengandungi lapisan header dan stretcher yang berselang lapisan iaitu satu lapisan header dan satu lapisan permukaan stretcher dalam lapisan yang berlainan,

contohnya kalau lapisan pertama dimulakan dengan header, lapisan kedua mestilah dalam lapisan stretcher atau sebaliknya.

            Dalam penyusunan yang sebegini, sambungan menegak bagi lapisan header sama dengan sambungan menegak lapisan stretcher.

Ini bererti berlaku sambungan terus (straight joint ). Untuk mengelakkannya “queen closer ”hendaklah dipasang pada tiap-tiap selepas quoin header “ dilapisan header supaya mendapatkan  lapis (laping) yang sempurna.

 Lapisan (lap) bagi ikatan English ½ bata (quarter lap ). Dalam setengah hal dalam pembinaan yang sebenar kadangkala queen closer tidak digunakan sebaliknya digantikan dengan bata ¾ (3/4 bat).













Ikatan English adalah merupakan  sejenis ikatan yang terkuat sekali jika dibandingkan dengan lain-lain ikatan.Oleh itu ia sesuai digunakan pada tempat-tempat yang memerlukan kekuatan seperti dinding luar bangunan,dinding penahan tanah dan lain-lain.
Tebal ikatan English yang biasa dibina ialah 215 mm atau satu bata tebal. Tetapi jika kekuatan lebih diperlukan bolehlah membinanya dengan lebih tebal lagi iaitu seperti satu setengah bata (328 mm), 2 bata tebal (440 mm) 21/2 bata tebal (552 mm) 3 bata tebal (675 mm) dan sebagainya

IKATAN FLEMISH                         
 


      Ikatan Flemish biasanya dibuat pada tempat-tempat atau pembinaan yang memerlukan  kecantikkan seperti dinding luar bangunan.

Dari segi kekuatan ia lebih lemah dari ikatan English,ini disebab terdapatnya sambungan terus disebelah dalam dinding ( internal  straight joint) iaitu pada sebelah menyebelah batu-bata header atau dihujung tiap-tiap  stretcher, sepanjang ¼ bata ( 53.75 mm ).

 Selain daripada itu ia juga terdapat banyak  batu-bata setengah (half bats ) pada dinding satu setengah bata ( 328 mm )



















        Ciri-ciri ikatan Flemish :-
  •       Ikatan Flemish mengandungi batu-bata yang menunjukkan muka header dan stretcher berselang- seli dalam satu lapisan.
  •       Tiap-tiap selepas quoin header mestilah diikuti dengan queen closer dan seterusnya  diikuti pula oleh stretcher.    
  •       Header terletak ditengah-tengah stretcher.
  •       Tiap-tiap pertukaran arah ikatan tidak berubah.
Terdapat dua jenis ikatan Flemish :-

1.                Ikatan double Flemish

      Ikatan double Flemish biasanya dikenali hanya dengan ikatan Flemish sahaja sebab ciri-ciri penyusunannya sama.Permukaan hadapan dan belakangnya menunjukkan permukaan Flemish.Tebal dinding yang dibina dalam ikatan ini sekurang-kurang satu bata tebal (215 mm).    
 

     2.            Ikatan Single Flemish :

      Single Flemish bond terdiri dari dua ikatan iaitu ikatan English dengan ikatan Flemish. Permukaan hadapannya menunjukkan permukaan Flemish dan dibelakang menunjukkan muka English.Ikatan ini hanya boleh dibuat pada dinding yang tebalnya 1  ½ bata tebal ( 328 ).


Monday, 9 April 2012

JENIS-JENIS DAN KEGUNAAN BATU-BATA


Dalam pembinaan sesebuah bangunan, antara bahan yang terpenting adalah batu-bata. Terdapat pelbagai jenis batu-bata dan setiap jenis mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Oleh sebab itu,  adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis bata yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan di Malaysia dan ciri-ciri am yang terkandung didalamnya.

  • facing bricks

Istilah facing digunakan kerana batu-bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) dan digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan permukaan  batu-bata yang menarik

Batu -bata ini mesti berkeadaan teguh,keras dan tahan dimana bahan kandungan cara pembakaran dijaga dengan baik dalam proses pembuatannya. Batu bata ini dibuat dengan cara tekanan mesin dan tangan.
  • general building bricks
  Juga dikenali sebagai bata biasa (common bricks). Bata jenis perlu dilepa dibahagian luar atau dalam bangunan, kemudiannya dibuat kerja kecantikkan dengan teknik yang lain seperti rough cast,tiling dan lain lain.

Juga digunakan untuk kerja-kerja bawah aras tanah seperti tapak asas.Bata jenis ini lebih murah dari bata facing dan ianya mestilah keras,teguh dan tahan. Batu-bata ini diperbuat dengan cara potong dawai.

  • engineering bricks
  Dibuat dengan kaedah tekanan mesin atau potong dawai melalui proses ‘stiff  plastic’.
 Digunakan pada kawasan-kawasan yang lembab, kawasan yang mempunyai bebanan atau gegaran dan juga kawasan dimana terdapat pengaliran haba yang tinggi.
Berkeupayaan menahan tekanan 272 kg-408 kg pada mm persegi.
Ianya dibuat khas untuk mendapatkan kekuatan daya tekanan dan menahan resapan air seperti pembinaan jambatan,terowong,tiang yang menerima bebanan yang berat,jalan,garden path,lapisan kalis lembab,coping,tangga dan sesuai untuk pembinaan dibawah aras tanah. Beratnya antara 3.6 kg hingga 4.5 kg
  • fire bricks

Dibuat dengan tekanan atau hentakan mesin.Bahannya dari tanah liat refractory. Mempunyai suhu tekanan yang tinggi,kelembapan,api gas pembakaran dan bebanan.

Berwarna kekuningan.Digunakan pada pembakaran,tempat asap dan lain-lain tempatan berkaitan.Cara menerap  bata ini dengan mencelup kedalam motar khas atau melepa sambungan sehabis nipis.Beratnya antara 3.2 kg hingga 3.6 kg. 

  • glazed bricks
 
   Diperbuat dengan cara tekanan dengan mesin dari motar refractory untuk menjadikan keras dan kuat. Disadurkan dengan lapisan glazed yang nipis dikenali sebagai china glazed. 

Digunakan pada pembinaan yang menitikberatkan kecantikan seperti hospital, janakuasa ,tandas dan semua jenis pembinaan penyaluran najis dan air  kotor.Bata ini  boleh dibuat dalam berbagai-bagai warna menarik.                                                                                                                           

  • red bricks
 
   Kebanyakkan pembuat batu-bata meletakkannya pada kelas-kelas dengan jenis warna seperti  merah  cerah, merah tua atau lain-lain warna merah. Batu ini biasanya dibuat dengan tangan.

Beratnya antara 2.6 kg hingga 3.2 kg.

  • insulating bricks
 
Diperbuat dari tanah liat  khas dikenali sebagai ‘Diatomaceaus silica’. Apabila telah siap diproses dan dibakar ia akan tahan dari penyerapan panas. Beratnya 0.9 kg  hingga 1.4kg. 

Bata ini digunakan untuk pembinaan tempat pembakaran ,oven dan sebagai dinding luar yang menahan suhu panas. Menerap bata ini memerlukan motar khas.Ianya dibuat secara tekanan mesin.

  • sand-lime bricks
 
Bata ini dibuat daripada bancuhan 90% pasir dan 10% kapur, dibancuh agak pekat,dimasukkan kedalam acuan dan diberi tekanan tangan.Bata ini tidak dibakar, diletakkan pada suhu panas atau dijemur selama 6 jam hingga 8 jam.Kekuatan bata  ini ialah 68 kg pada 25.4 mm persegi.

  • cement bricks
Dibuat dari bancuhan 1 sukatan simen dan 6 hingga 8 sukatan pasir Dibancuh separuh kering.Bancuhan ini dimasukkan kedalam acuan dan diberi tekanan mesin atau tangan. 

Dikeringkan perlahan-lahan dengan cara dijemur pada cahaya matahari selama kira-kira 2 minggu.




Sunday, 8 April 2012

JENIS-JENIS BEBAN PADA STRUKTUR

Beban yang berlaku pada sebuah bangunan adalah biasa nya dalam bentuk statik dan dari berbagai sumber seperti yang ditunjukkan disebelah. Tetapi untuk tujuan rekabentuk, beban ini dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;

i) BEBAN MATI (Dead Loads) 

Beban mati boleh ditakrifkan sebagai beban yang tidak berubah seperti berat struktur sendiri atau bahagian struktur yang tidak boleh dipisahkan daripada struktur utama.

Beban mati dalam sebuah bangunan adalah faktor yang penting dalam rekabentuk struktur dan boleh melebehi beban yang lain. Beban mati dalam struktur kayu dan konkrit boleh dikira dengan mudah dengan megetahui ketumpatan konkrit dan dimensi (isipadu) struktur tersebut.

Jika ketumpatan rasuk konkrit bertulang adalah 24 KN/m3 dan lebar b= 250mm dan ketingginan h= 400mm maka berat sendiri rasuk konkrit bertulang yang ditunjukan dalam adalah:

24 x 0.15 x 0.4 x 6 = 2.1KN/m atau 12.5 KN (jumlah berat.) 

ii) BEBAN HIDUP (Live Loads) 

Adalah beban selain daripada beban mati yang berlaku pada struktur serta beban yang
boleh berubah seperti manusia , binatang , mesin , lekapan (fixtures) dan elemen yang
tidak membawa beban ( eg. Pintu & tingkap).

Penentuan nilai nilai beban hidup pada struktur adalah rumit dan boleh berbeza dari
tempat ketempat yang lain. Kajian telah dibuat untuk menetukan nilai statistik purata
oleh kod kod rekabentuk struktur dan kadangkala nilai nilai yang digunakan adalah
konservatif .

Ada kalanya walaupun sesuatu jenis beban itu bertindak di suatu tempat tetapi mesti
diandaikan berlaku pada kesuluruhan struktur .

iii) BEBAN KENAAN (Imposed Loads) 

Ada pula terdapat beban kenaan pada bangunan ( imposed load ). Beban-beban ini kadangkala penting dalam rekabentuk bangunan. Antaranya adalah :

a) Beban Angin
b)Getaran dan Gempa Bumi
c) Perubahan Suhu dan Mendapan
d) Beban Air dan Tanah

Tuesday, 3 April 2012

testing post video

testing2....

Poning.....

Arghhhhhh!!!!! pening gune blog niiiiii....FB gak terBAIK...senang....muahahaha

Tempat mencari rezeki...


atas arahan en.Syam..post tempat bertugas pon dimasukkan la...

BLOGGER

UmuR dh maSUK 26tahun...bru de Blog sendiri hahaha...4/4/2012 at lab komputer CIAST bermula la aKtiviTI ni hahaha...